PROSES KEJADIAN MANUSIA
MENURUT AL-QURAN
PERINGKAT PERTAMA
Nutfah : Yaitu pertama bermula selepas persenyawaan atau
minggu pertama. Ianya bermula setelah berlakunya percampuran air mani.
Maksud firman Allah dalam surah Al – Insan
: 2
" Sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia daripada setetes air
mani yang bercampur yang Kami (hendak mengujinya dengan perintah dan larangan),
kerana itu Kami jadikan dia mendengar dan melihat "
Menurut Ibn Jurair Al-Tabari,
asal perkataan nutfah ialah nutf artinya air yang sedikit yang terdapat di
dalam sesuatu bekas samada telaga, tabung dan sebagainya. Sementara perkataan
amsyaj berasal daripada perkataan masyj yang bererti percampuran
Berasaskan kepada makna perkataan tersebut
maksud ayat di atas ialah sesungguhnya Kami (Allah) menciptakan manusia
daripada air mani lelaki dan air mani perempuan.
Daripada nutfah inilah Allah menciptakan anggota-anggota yang berlainan ,
tingkahlaku yang berbeda serta menjadikan lelaki dan perempuan. Daripada nutfah
lelaki akan terbentuknya syaraf, tulang dan fakulti , manakala dari nutfah
perempuan akan terbentuknya darah dan daging.
A-
Sperma
B-Sperma menembus ovum
PERINGKAT KEDUA
ALAQAH :
Peringkat pembentukan alaqah ialah pada akhir minggu pertama / hari ketujuh .
Pada hari yang ketujuh telur yang sudah disenyawakan itu akan tertanam di
dinding rahim (qarar makin). Selepas itu Kami mengubah nutfah menjadi alaqah.
Allah berfirman :
" Kemudian Kami mengubah nutfah
menjadi alaqah"
Al-Mukminun : 14
Kebanyakan
ahli tafsir menafsirkan alaqah dengan makna segumpal darah. Ini mungkin dibuat
berasaskan pandangan mata kasar. Alaqah sebenarnya suatu benda yang amat seni
yang diliputi oleh darah. Selain itu alaqah mempunyai beberapa maksud :
Sesuatu yang bergantung atau melekat
Pacat atau lintah
Suatu buku atau ketulan darah
Peringkat alaqah adalah
peringkat pada minggu pertama hingga minggu ketiga didalam rahim.
PERINGKAT KETIGA
MUDGHAH :
Pembentukan mudghah dikatakan berlaku pada minggu keempat. Perkataan mudghah
disebut sebanyak dua kali di dalam al-Quran yaitu surah Al-Hajj ayat 5 dan
surah Al-Mukminun ayat 14
Allah berfirman :
"lalu Kami ciptakan darah beku
itu menjadi segumpal daging"
Al-Mukminun : 14
Diperingkat ini sudah berlaku pembentukan otak, syaraf
tunjang, telinga dan anggota-anggota yang lain. Selain itu sistem pernafasan
bayi sudah terbentuk. Vilus yang tertanam di dalam otot-otot ibu kini mempunyai
saluran darahnya sendiri. Jantung bayi pula mulai berdetak. Untuk perkembangan
seterusnya, darah mulai mengalir dengan lebih banyak lagi untuk membekalkan
oksigen dan pemakanan yang secukupnya. Menjelang tujuh minggu sistem pernafasan
bayi mulai berfungsi sendiri.
PERINGKAT KEEMPAT
IZAM DAN
LAHM : Pada peringkat ini yaitu minggu kelima, keenam dan ketujuh
ialah peringkat pembentukan tulang yang mendahului pembentukan oto-otot.
Apabila tulang belulang telah dibentuk, otot-otot akan membungkus rangka
tersebut.
Allah berfirman :
"Lalu Kami mengubahkan pula
mudghah itu menjadi izam da kemudiannya Kami membalutkan Izam dengan
daging"
Al-Mukminun : 14
Kemudian
pada minggu ketujuh terbentuk pula satu sistem yang kompleks. Pada tahap ini
perut dan usus , seluruh syaraf, otak dan tulang belakang mulai terbentuk.
Serentak dengan itu sistem pernafasan dan saluran pernafasan dari mulut ke
hidung dan juga ke pau-paru mulai kelihatan. Begitu juga dengan organ
pembiakan, kalenjar, hati, buah penggang, pundi air kencing dan lain-lain
terbentuk dengan lebih sempurna lagi. Kaki dan tangan juga mulai tumbuh. Begitu
juga mata, telinga dan mulut semakin sempurna. Pada minggu kedelapan semuanya
telah sempurna dan lengkap.
Janin pada usia 12 minggu
PERINGKAT KELIMA
NASY'AH
KHALQAN AKHAR : Pada peringkat ini yaitu menjelang minggu kedelapan ,
beberapa perubahan lagi berlaku. Perubahan pada tahap ini bukan lagi embrio
tetapi sudah masuk ke peringkat janin.Pada bulan ketiga, semua tulang janin
telah terbentuk dengan sempurnanya Kuku-kukunya pun mulai tumbuh. Pada bulan
keempat, pembentukan tali pusar menjadi cukup lengkap menyebabkan bayi dalam
kandungan hanya untuk menyempurnakan semua anggota yang sudah jadi. Walaupun perubahan
tetap berlaku tetapi perubahannya hanya pada ukuran bayi saja.
Janin mendapat makanan melalui tali pusar.
PERINGKAT KE ENAM
NAFKHUR-RUH
: Yaitu peringkat peniupan ruh. Para ulama Islam menyatakan bila ruh ditiupkan
ke dalam jasad yang sedang berkembang, mereka hanya sepakat mengatakan peniupan
ruh ini berlaku setelah empat puluh hari dan setelah terbentuknya organ-organ
tubuh termasuklah organ seks. Nilai kehidupan mereka pun telah bermula sejak di
dalam rahim. Ketika di dalam rahim perkembangan mereka bukanlah proses
perkembangan fisikal semata-mata, tetapi telah mempunyai hubungan dengan Allah S.W.T.
melalui ikatan kesaksian sebagaimana yang disebutkan oleh Allah di dalam Al – Qur’an
surah Al-A'raf : 172. Dengan ini inti roh dan jasad saling bantu membantu untuk
meningkatkan martabat dan kejadian insan disisi Allah S.W.T.
Komentar
Posting Komentar